Friday, September 19, 2008
Dr M tak setuju Anwar ditahan ISA
Dr M tak setuju Anwar ditahan ISA
Posted by kasee
Saturday, 20 September 2008 11:25
Abdul Aziz Mustafa, Harakah
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Saya rasa ada kes ke atasnya. Daripada menahan beliau di bawah ISA, tunggu sehingga kes itu didengar," Malaysiakini memetik beliau berkata.
Mengenai penahanan penulis blog Raja Petra Kamarudin dan ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Dr Mahathir berpendapat penahanan di bawah ISA tidak sepatutnya berlaku kerana mereka tidak mencetuskan ketegangan.
Beliau berkata adalah tidak benar kedua-dua individu terbabit didakwa menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara hanya kerana meluahkan pandangan masing-masing.
Diminta mengulas pertukaran portfolio antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak, Dr Mahathir menyifatkannya sebagai pengakuan bahawa Abdullah tidak boleh menguruskan Kementerian Kewangan.
"Saya rasa ia adalah pengakuan bahawa Abdullah tidak boleh menjadi Menteri Kewangan. Tetapi sebenarnya tak ada apa-apa kerana selama ini pun ia diuruskan oleh (Menteri Kewangan 11), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop," katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran bukunya, "Blogging To Unblock" dan "Merentas Halangan" di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya baru-baru ini.
"Masalahnya terlalu banyak campur tangan ke atas tugas Nor Mahamed - itu yang saya dapat tahu. Beliau (Abdullah) sendiri tidak memainkan peranan langsung di dalam pengurusan kewangan negara".
Abdullah mengumumkan Najib mengambil alih jawatan Menteri Kewangan manakala beliau mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan.
"Beliau meletakkan Najib di situ tetapi kita akan menghadapi saat yang sangat kritikal dalam ekonomi kita akibat apa yang berlaku di Amerika Syarikat, terutama kes muflis Lehman Brothers dan langkah menyelamatkan syarikat insurans AIG yang membabitkan AS$85 bilion".
Bercakap kepada pemberita, beliau mengingatkan bahawa Najib akan dipersalahkan jika beliau tidak menguruskan ekonomi dengan baik.
Ditanya sama ada pertukaran portfolio itu akan mengurangkan sebahagian tekanan terhadap Abdullah dalam Umno, Dr Mahathir menjawab secara sinis.
"Saya tak rasa beliau merasa apa-apa tekanan pun," kata mantan timbalan perdana menteri itu.
Comments (10)
...
written by allangan2006, September 20, 2008 11:42:54
Tapi Mahathir bersetuju menahan Pak Lah dengan ISA? Menahan Khairy dengan ISA?
report abusevote downvote upVotes: +16
...
written by Margeemar, September 20, 2008 11:44:26
Umno, you are doomed. Pack your bags and leave us the Rakyat (People) alone. By the way way, "Puasa hang semua ni dah batal!. Bertaubatlah dalam bulan mulia ini sebelum engkau semua disembahyangkan!"...More http://margeemar.blogspot.com
report abusevote downvote upVotes: +3
...
written by allangan2006, September 20, 2008 11:45:52
Mahathir perlu pergi ke tanah perkuburan yang berhampiran dan mati di situ. Tak perlu cakap-cakap lagi. Semua dah bosan.
report abusevote downvote upVotes: +6
...
written by Goostee, September 20, 2008 11:56:01
I have a contrarious view to those believed by many of you. I believe, Pak Lah, having been cornered, is trying to redeem himself. The change of portfolios would enable him to get hard proofs as to who actually is behind the Mongolian Saga and thereafter behing the SODOMY II, taking, of course, that he's not part of the latter. With the Army Intelligence directly under his wings, he can now double-check RPK's theory. Bingo, he's on his way to make a double killing. Both Najib and the the hidden hands will be exposed with one stone !!!
report abusevote downvote upVotes: +2
...
written by Horizonline, September 20, 2008 11:56:37
Beliau berkata adalah tidak benar kedua-dua individu terbabit didakwa menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara hanya kerana meluahkan pandangan masing-masing.
Maybe Raja Petra has shown his point of view, but Teresa? Has she done anything? You are such a hypocrite.
report abusevote downvote upVotes: +4
...
written by lampard, September 20, 2008 12:03:34
"Dr M Tak Setuju Anwar DiTahan ISA"...
Aneh ya, tapi betuk ke? Sure or not Loctor!?!?!
report abusevote downvote upVotes: +0
...
written by danielcheah, September 20, 2008 12:04:29
It seems like Dr M knows something about the lehmann brothers and AIG. It shows that he's probably done their homework. I doubt that if the interview was towards Badawi, he definitely would only say "Malaysia's economy is independent from everyone, we will never be affected"
because i remember hearing those from yakcob, then a month later petrol price sadly to be told have to increase, due to the whole global economy..
report abusevote downvote upVotes: -1
...
written by A MI, September 20, 2008 12:11:21
TDM, Masa ko PEE EM hang dok tangkap DSAI guna ISA pasai ape ye?
Alahai siTDM bising la ni sebab dia harap AAB buat sebaliknya apa yang dia heboh. AAB tak begitu bodoh ler..
Masa untuk cari pahala ornag tua ni dok buat bising..pi lah beribadat Kubor dah panggil tu..
report abusevote downvote upVotes: +1
...
written by AUTAR, September 20, 2008 12:23:42
Betul apa yang Mahathir ni ckp tapi betul ke anak bodohwi memgong tu boleh ambil tindakan seperti mcm tu sebab anak bodohwi ni dikelilingi anak albab pakistan mari serta dah banyak makan nasi kangkang dari negeri 9.
report abusevote downvote upVotes: +1
...
written by adan, September 20, 2008 13:14:32
TDM SEEMS TO SHOW SOME SENSE WITH THIS STATEMENT. IT MAY BE TOO EARLY TO SAY THAT HE HAS UNDERGONE A CHANGE OF HEART TOWARDS ANWAR. MAY BE HE DOES NOT WANT ANWAR TO BE DETAINED UNDER ISA BUT HE WOULD RATHER SEE ANWAR IMPRISONED ON FABRIGATAED CHARGES OF SODOMY. IT IS RATHER DIFFICULT TO FIND OUT HIS MOTIVES WITH HIS DOUBLE TALKS.
report abusevote downvote upVotes: +1
Jumaat 19 September 2008 | 18 Ramadhan 1429 Hijrah
Abdullah liabiliti pada Umno-BN
Intan Abdullah
Sat | Sep 20, 08 | 9:22:50 am MYT
KUALA LUMPUR,20 Sept (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi boleh dianggap sebagai liabiliti kepada Umno-BN yang memaksa sesetengah pihak di dalam Umno sendiri mencadangkan agar beliau 'bersara' dengan lebih cepat. Iklan
Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar berkata apabila Abdullah menjadi liabiliti kepada BN, ia sekaligus mendorong pihak tertentu dari dalam partinya mendesaknya menyerahkan jawatan tertinggi dalam kuasa eksekutif kepada orang lain.
"Keadaan ini bertambah parah dengan mood rakyat yang tidak senang lagi dengan BN apatah lagi Abdullah kini dilihat tiada keupayaan dalam kepimpinan BN yang sangat rapuh dan goyah," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Sungguhpun begitu jelasnya, Abdullah masih boleh melaksanakan pertukaran portfolio dengan timbalannya, Dato' Seri Najib Razak selepas pembentangan belanjawan negara 2009 pada 1 September lalu.
"Belanjawan itu pun masih belum dibahaskan, tiba-tiba tukar menteri. Kerajaan BN nampaknya sudah serabut dan tidak stabil," ujarnya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw pula melahirkan rasa kehairanan dengan tindak-tanduk Abdullah yang terlalu cepat menukar pendirian dan pandangan terhadap sesuatu.
"Kenapa beliau terlalu mudah berubah ? Ini tidak baik kepada negara kerana beliau adalah pemimpin nombor satu," tegasnya.
Tambahnya, sikap pemimpin seperti Abdullah ini adalah sangat tidak baik serta membimbangkan rakyat.
Ditanya mengenai punca tindakan Abdullah tersebut Tan yang juga ahli Parlimen Kepong menyatakan ianya mungkin berdasarkan faktor tekanan ekoran tekanan yang banyak daripada dalam mahupun luar Umno-BN.
"Memang ada pergolakan dalam parti itu, itulah yang menjadi tekanan kepada Abdullah untuk buat macam-macam benda yang kita tak terfikir," ujarnya lagi.
Mengulas suara-suara sesetengah pihak daripada kalangan Umno yang mahu Abdullah bersara awal, disusuli dengan pertuakaran portfolio antara Abdullah dan Najib, Tan menyatakan kebingungan dengan perkara tersebut.
"Ini kerana bajet pun belum dibahaskan, ia perlu diluluskan terlebih dahulu oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan diwartakan.
"Sebaiknya semua ini selesai sebelum 31 Disember tahun ini, sehingga semua ini belum dilaksanakan, proses transisi portfolio tersebut tidak boleh dikuatkuasakan," katanya lagi.
Tegasnya, kejadian yang sangat mengejutkan dan menghairankan ini menimbulkan pelbagai spekulasi.
"Belanjawan tersebut jika mengikut jadual yang saya sebutkan tadi boleh berkuatkuasa pada 1 Januari tahun depan.
"Ini tidak, kenapa bentang bajet, selepas enam minggu tanpa sebarang perbahasan sekarang tukar menteri kewangan.
"Semacam ada kekecohan, belum bahas tapi sudah tukar orang. Pelik binti hairan," demikian ujarnya. - mks._
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment