Monday, September 22, 2008

MCA Vice President Donald Lim Siang Chai Playing the RACE Card to Create Racial Fears Among the Chinese


Go to Newest Posting Email to: Malaysian Unplug

" A nation that is afraid to let its people judge the truth and falsehood in an OPEN market, is a nation that is afraid of its people." -John F. Kennedy


To All Our Fellow Muslim Brothers and Sisters,
"Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak."


MCA Vice President Donald Lim Siang Chai Playing the RACE Card to Create Racial Fears Among the Chinese
Tuesday, September 23, 2008
08:10
PAS Leaders Tick Off MCA Vice President Donald Lim Siang Chai for playing the Race Card.

Read here for more



WHAT A DISGRACEFUL IDIOT
IMITATING UMNO'S SICKENING ATTITUDE!
(MCA'S " SOR-CHAI " )

MCA Vice President
(from Petaling Jaya Selatan Division)
Donald Lim Siang Chai has confirmed that a Vote for MCA is a Vote for UMNO

Excerpts: Read here for more

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menyangkal dakwaan Naib Presiden MCA, Dato' Donald Lim Siang Chai bahawa hanya parti berasaskan orang Melayu menjadi parti memerintah jika semua parti kaum Cina menyokong pembangkang.

Beliau menyangkal dakwaan Dato' Donald Lim Siang Chai bahawa akan wujud ketegangan dan mencetuskan suasana tidak baik kepada perniagaan dan ekonomi jika semua parti berasaskan kaum Cina berpihak kepada pembangkang.

Dalam laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini, Naib Presiden MCA, Dato' Donald Lim Siang Chai dilaporkan berkata akan wujud ketegangan dan mencetuskan suasana tidak baik kepada perniagaan dan ekonomi jika semua parti berasaskan kaum Cina berpihak kepada pembangkang dan hanya parti berasaskan orang Melayu menjadi parti memerintah.

Mohamad Sabu berpendapat sokongan daripada kaum Cina kepada pembangkang dewasa ini menunjukkan bahawa masyarakat tersebut inginkan sebuah kerajaan baru ditubuhkan di negara ini.

Beliau berkata:

"Tidak timbul soal sokongan kepada pembangkang kerana orang Cina sekarang menyokong kerajaan yang bakal ditubuhkan.

Bila ditubuhkan kerajaan baru, ianya masih kerajaan yang pelbagai kaum bukan hanya dikuasai Melayu."

Mohamad Sabu juga kesal kerana Naib Presiden MCA Donald Lim Siang Chai itu cuba mengalihkan perhatian terhadap keretakan dalaman MCA kepada sesuatu perkara yang langsung tidak menjadi isu.

Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub pula berpendapat kenyataan Donald Lim Siang Chai itu mengambarkan satu sikap perkauman yang sempit.

Beliau juga menjelaskan bahawa kenyataan itu mengambarkan bahawa MCA kini berada dalam keadaan terdesak dan parti tersebut tidak memahami erti demokrasi yang sebenarnya.

Salahuddin Ayub mengulas,

"MCA sebenarnya menghadapi masalah yang sama dengan Umno iaitu parti itu juga sedang menuju kehancuran.

MCA sering menuduh DAP sebagai parti chauvenist Cina sedangkan hakikatnya mereka yang bersifat begitu."

Salahuddin juga menegaskan bahawa pendapat yang dikeluarkan oleh Naib Presiden MCA Donald Lim Siang Chai itu mengambarkan bahawa MCA sebenarnya merupakan sebuah parti chauvenist Cina.

Beliau turut menegaskan bahawa MCA dan Umno adalah merupakan dua buah parti yang sering mewujudkan masalah kaum di negara ini.
posted by Malaysian Unplug @ Link to This Post
--------------------------------------------------------------------------------




No comments: