Friday, September 19, 2008

NGO: Kenapa tiada tindakan terhadap Karpal



NGO: Kenapa tiada tindakan terhadap Karpal



Saturday, 20 September 2008 06:47am
©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)KUALA LUMPUR 19 Sept. – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempersoalkan mengapa sehingga kini masih tiada tindakan terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung kenyataannya yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury tidak lama dahulu.Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Tajudin Ahmad berkata, setelah lebih empat bulan berlalu, timbul tanda tanya apakah pihak berkuasa memberi layanan dwi standard kepada Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu hanya kerana beliau seorang peguam ternama.
Sedangkan katanya, jika dilihat tidak ada salahnya untuk mengatakan yang kenyataan Karpal itu adalah antara permulaan kepada tercetusnya beberapa kenyataan berunsur perkauman di negara ini selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-12.‘‘MBM antara berbelas-belas pihak yang membuat laporan polis ke atas Karpal dan saya sendiri telah dipanggil untuk memberi keterangan tetapi nampaknya sehingga kini tiada tindakan ke atas Karpal.‘‘Apa yang MBM harap kini ialah walau apa pun tindakan pihak berkuasa, biarlah ia mencakupi semua yang terlibat kerana jika tidak, rakyat akan terus gelisah dengan senario yang berlaku,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Karpal awal Mei lalu dilaporkan mempertikaikan tindakan Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menarik balik arahan penukaran Jamry yang disifatkan sebagai campur tangan istana dalam pentadbiran negeri.Karpal mempertahankan kenyataannya itu dan enggan meminta maaf walaupun dikritik pelbagai pihak kerana berpendapat bahawa kenyataan tersebut bersabit isu perundangan.Kenyataan itu mendorong UMNO dan beberapa NGO antaranya MBM, Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) dan Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) membuat laporan polis ke atas Karpal.Pada 22 Mei lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis telah selesai menjalankan siasatan terhadap Karpal namun Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pada 5 Jun lalu dilaporkan mengarahkan polis membuat siasatan lanjut.Sementara itu, Ketua Umum BBPM, Osman Abu Bakar berkata, rakyat melihat kenyataan Karpal yang seakan mempertikaikan kuasa Sultan Perak, satu perbuatan yang sangat serius dan menggugat hubungan kaum di negara ini.








No comments: